Lan Careno

Blog Abah Careno is the name of my blogspot. My passion is about my family, food and my travels. I love to blog about food reviews especially frequenting hipsters café.

Blog

KetchUp Blogger Speed Run Serbu Cafe Hipster

Kalau yang dah biasa baca blog aku ni mesti tahu kan yang aku memang obses dengan cafe hipster... Ade jer review cafe hipster yang aku buat... Bila Ben Ashaari tanya aku "ko nak tak pergi makan dan review 6 cafe hipster dalam sehari?" Huh??? Gilo ke ape... Nak suruh aku gemok la tu... Pastu die sebok men'sado'kan diri... Demmm... Ingatkan die main-main, rupenyer memang betul sebab Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ada jalin kerjasama dengan KetchUp untuk program Blogger Speed Run...

Program ni akan dijalankan setiap sabtu dan ahad selama 3 minggu melibatkan beberapa orang blogger dari KBBA9 dan juga media influencer lain... Dalam program ni, blogger akan menjelajah beberapa cafe yang telah dikenalpasti kemudian lepak, makan dan feeling the environment dan konsep yang ada kat cafe tu... Pastu sharing dengan reader apa yang best pasal cafe tu...

Group pertama dah settle jelajah cafe hipster sekitar TTDI... Aku pulak terlibat pada hari ke-2 yang mana kitorang meneroka cafe di sekitar The Strand, Kota Damansara... Ade 3 lagi blogger lain dari KBBA9 yang join program bersama dengan aku hari tu iaitu Najeeb, Fiza Fantagiro dengan Yanty... selain tu ada 4 orang amoi cantik yang join kitorang iaitu Amelia, Maggie, Minjo dengan Tiffanny... diorang ni adalah chinese media influencer yang sangat berpengaruh...

Kitorang berkumpul pukul 11 pagi then bergerak sama-sama ke cafe pertama dalam senarai iaitu Cafe Studio... Cafe ni agak tersorok sebab terletak kat tingkat 1.. kena naik tangga kat celah-celah butik yang ada kat bawah tu...

Konsep cafe ni agak moden dan deco yang ada dalam tu kebanyakannya dibiarkan tergantung...

Also Reviewed

Related Cafes