Mera Hussain

Siti Amerahaniza Hussain is my name. Mera is my nickname. I have 6 siblings and I number 5. I am a Johorean and I love to blog. Mostly I blog about lifestyle, product advertorial, food reviews and my travels.

Blog

Sedap Sangat Ke Kafe Ni??? | Ketchup Blogger Speed Run

Percaya tak aku pergi makan dekat 5 buah kafe dalam masa setengah hari? Haaaa.. Jangan terkejut. Aku tak bela saka tau. Heehe.. Ini adalah projek Ketchup Blogger Speed Run sebenarnya. Korang mesti nak tau Ketchup Blogger Speed Run tu ape sebenarnya kan??

Can You Ketch Up?

Ketchup Blogger Speed Run ni adalah satu program yang diilhamkan oleh Maven Communications dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari, Social Media Influencer, Foodink dan juga rakan media SINI dan MYC, dalam misi terjah-menerjah kafe-kafe yang berada di sekitar Lembah Klang.

Ketchup Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan pengunjung dan juga pemilik kafe. Ini bertujuan membantu mereka yang sukakan 'lepak' dekat kafe-kafe mencari tempat makan yang menarik berkonsepkan moden disekitar Lembah Klang. Bagaimana?? Mudah je... sebab Ketchup Community telah menyediakan satu platform dimana korang boleh mencari maklumat hanya dihujung jari je. Hehehe.. Selain daripada itu, pemilik kafe juga dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke kafe mereka. Pemilik kafe juga boleh menggunakan medium yang ini bagi mempromosikan jenama dan produk mereka.

Aku dan 5 lagi rakan KBBA (mimin, kak yanie, kak ayue, razi dan abg sohoq) adalah team pertama yang memulakan misi menerjah kafe-kafe di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Memang best woooo.. Larat dan tak larat je nak makan. Huhuhu..

Ok, lokasi kafe yang pertama kami kunjungi adalah.....

Also Reviewed

Related Cafes