Yanie Yusof

I have been an active since 2010. However, I still have a lot to learn when it comes to blogging. I blog from time to time highlighting food reviews, my travels and hobbies and beauty products

Blog

Misi Food Hunter 5 Cafe dalam Masa Sehari

KETCHUP : BLOGGER SPEED RUN | Mungkin ramai yang tertanya kemana 'food hunter' Mrsyanie minggu lepas kan. ehh ada yang tanya ke? hihi Tak kisah lah janji korang baca entry ini sampai habis, kalau tak rugi lah sebab Mrsyanie nak kongsikan dengan korang lokasi 'food hunter' Mrsyanie minggu lepas. Bukan macam biasa tetapi kali ini luar biasa.

KETCHUP COMMUNITY

KETCHUP Community merupakan satu komuniti yang menyediakan platform kepada para pengemar cafe dan juga kepada pemilik cafe. Bagi pengemar cafe, KETCHUP Community menyediakan satu website bagi memudahkan korang membuat terjahan cafe yang menarik dan pasti berdekatan dengan korang. Bagi pemilik cafe pula, ianya merupakan satu platform dalam mempromosikan dan menarik lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi cafe.

BLOGGER SPEED RUN

Inilah luar biasanya, KETCHUP Community bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan influencer berkerjasama dalam menjayakan satu program yang dipanggi Blogger Speed Run, eh bukan main lari-lari tau. Program ini bersama dalam misi terjahan cafe-cafe sekitar kejiranan korang. Maknanya kami bersama menjalankan 'food hunter'/review ke cafe-cafe sekitar Kuala Lumpur. Mungkin akan datang buat 'food hunter' ke luar Kuala Lumpur pulak kan.

KBBA9 + KETCHUP Community +Face of Malaysia + MYC

Kali ini Ketchup Blogger Speed Run terjah sekitar Taman Tun Dr Ismail atau lebih dikenali dengan TTDI. Cafe yang terlibat dalam terjahan kami adalah 5 buah cafe yang memang konsept terjahan Mrsyanie. Kan dah kata memag luar biasa 'food hunter' Mrsyanie kali ini sebab terjah sekali 5 cafe dalam masa sehari.

Also Reviewed

Related Cafes