Saidila

I have been a blogger of Kelab Blogger Ben Ashaari since 2009. Writing is my passion and it makes me happy expressing my thoughts through writing. I blog mainly about my travel, places I have been and social foodie experience.

Blog

Aktiviti Singgah Cafe Bersama KetchUp

Bagaiman KetchUp Bermula

Mulanya aku memang blur nak paham….tapi aku nak jugak tahu apa motif sebenar team KetchUp ditubuhkan…..akhirnya aku dapat jawapan’nya.. bersama Team KetchUp yang sempat aku kenal yakni Anita dan Nicholas yang sangat baik dan sangat friendly…dan kami pun mudah mesra gitu .

Nicholas terangkan pada aku yang Ketchup bagaikan platform untuk pemilik-pemilik cafe / restoran berkongsi cerita bagaimana wujudnya sumber ilham untuk mereka membuka cafe impian dengan konsep dan hiasan cafe sehingga ke pemilihan menu untuk diserapkan ke dalam konsep cafe mereka.

Memang aku tak nafikan konsep cafe diorang semua bagaikan satu karangan puisi yang digarap dengan baik lalu dibina dengan penuh perasaan….mereka juga harap cerita itu dapat dikongsi bersama-sama dengan orang ramai .

Rata-rata pemilik cafe akan katakan bahawa bukan keuntungan yang diorang kejar tetapi cerita bagaimana datang ilham membuka cafe yang mereka ingin kongsi .

Secara tak langsung KetchUp akan menjadi portal utama bagi pemilik-pemilik cafe yang ingin kisah cafe mereka dikongsi dan ianya juga menjadi satu keuntungan untuk orang ramai mencari tempat yang unik yang ada kelainan dari cafe kebiasaan yang kita kunjungi ….dan aku punya peranan pula ialah menyebarkan kepada orang ramai apa istimewanya cafe mereka dan apa yang cafe mereka tawarkan kepada semua orang .

Jangan risau tentang samada cafe yang dikunjungi halal atau tak sebab team KetchUp sentiasa membuat kaji selidik terlebih dahulu cafe mana yang sesuai untuk semua jenis peringkat umur agama dan bangsa .

Serius aku sebelum ni memang tak tahu cafe mana yang sesuai untuk dikunjungi sebab takder pendedahan umum ….tapi dengan KetchUp aku dah tahu kat mana cafe yang sesuai untuk aku tuju bila tiba masa yang sesuai .

Also Reviewed

Related Cafes