Syima Yusuf

I write to taste life twice, in the moment and in retrospect. I am currently pursuing nursing in University Malaya Medical Centre. I love to blog about food, health, fashion and beauty.

Blog

Jom KetchUp ! 5 Café Dalam 1 Hari

Assalamualaikum semua, minggu lepas kan korang ada tengok banyak jenis makanan dan café yang syima pergi dalam instagram dan facebook syima. Ramai juga tanya kemana syima pergi? Apa yang syima lakukan? Malah, ada yang tanya, apa itu KetchUp? Sebabkan syima hashtag #KetchUp kan. Lepas tu ada pula rakan yang lain buat lawak cakap KetchUp tu “sos tomato ke?”. Hahaha

Apa itu KetchUp ?? Disebabkan ramai tanya KetchUp tu apa. Maka, di sini syima nak berhujah la sikit mengenai KetchUp (Haha sikit je, tak banyak pun). KetchUp ni adalah sebuah komuniti. Maksudnya adalah komuniti KetchUp la.. Faham? Maka, apa komuniti KetchUp ni lakukan? Komuniti Ketchup ini ibarat “orang tengah” antara pemilik café dan pelanggan. Bagi penggemar café, ini adalah bonus buat anda kerana korang tidak perlulah nak search cafe banyak-banyak dekat dalam internet. Korang Cuma layari website Komuniti KetchUp sahaja.

Blogger Speed Run

Blogger Speed Run ni apa pula ya? Haha ini bukannya lawan lari antara blogger tau. Ia adalah kolaborasi khas antara Blogger dan Media Influencer untuk bekerjasama review kan café-café tersebut. Gabungan meletop semua blogger adalah seperti Kelab Ben Ashaari, Best Restaurant To Eat, Food Malaysia dan ramai lagi media influencer yang lain.

5 Café Dalam 1 Hari

Terdapat 5 café yang syima terjah. Memang tip top lah semua café-café ni. Memang eksklusif dan best untuk korang lepak terutama penggemar café, geng Hipter dan geng Raver. Jom kita terjah...

Also Reviewed

Related Cafes